Selamat Datang ke Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat
by Pendidikan Pencegahan Dadah Kuala Langat

VISI
Sekolah Bebas Dadah.

MISI
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pendidikan Selangor telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Negeri Selangor bertempat di Pangkor Bay View, Pulau Pangkor, Perak pada 3 September hingga 5 September 2013. Kursus selama tiga hari ini memberi pendedahan berkaitan pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dan juga pelaksanaan program-program pendidikan pencegahan dadah di sekolah kepada Guru Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah seluruh Negeri Selangor.Penutupan rasmi disempurnakan oleh Tuan Haji A. Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.